Assalamualaikum pembuka kata,
kata-kata indah pembuka bicara,
hidup didunia bermacam bangsa,
salam sejahtera dikongsi bersama....
Automotif kehebatan Dunia,
Proton dan perodua kebangaan negara,
Malaysia kini hebat dan bergaya,
Wawasan 2020 kita berjaya....
Kepada yang berkenderaan atau berkereta ,saya disini ingin berkongsi pengetahuan tentang sistem pengecas yang terdapat pada kenderaan anda.. ia adalah sangat penting kerana ,bateri adalah punca utama yang menjadi tenaga bagi mengalirkan arus elaktrik ketika kunci di 'on' kan,,kita harus lah pastikan keadaan bateri dalam keadaan baik,keadaan bateri ini bergantung kepada altenator. di bawah ini adalah serba sedikit penerangan tentang altenator.
Di blog ini anda semua akan mempelajari :
- Fungsi Altenator
- Binaan komponen Altenator
- Bahagian-bahagian komponen .
PENGENALAN SISTEM PENGECAS (ALTENATOR)
}PENGENALAN
Sistem cas untuk mengecas semula bateri.selepas bateri membekalkan arus tinggi yang diperlukan untuk menghidupkan enjin, bateri mempunyai cas rendah walaupun bateri masih baru,Sistem cas akan mengecas semula bateri dengan membekalkan cas rendah dan malar ke bateri. sistem cas berfungsi mengikut prinsip magnet untuk menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik.(lihat rajah 1 di bawah)
Rajah 1
}MEMPUNYAI KUTUB POSITIF DAN NEGATIF
}1. Lebih kuat medan magnet, lebih kuat voltan terarus.
}2. Lebih pantas medan direntas, lebih banyak urat daya
} magnet dipotong dan lebih kuat voltan teraruh
}3. Lebih besar jumlah pengalir, lebih besar voltan
} teraruh.
}4. Lebih rapat pengalir dan medan magnet ke sudut
} yang betul ( serenjang ) Antara satu dengan lain,
} lebih besar voltan teraruh.
SISTEM
CAS ARUS ULANG-ALIK
•Sistem cas bergantung
kepada janakuasa arus terus (DC) untuk mengecas bateri. Janakuasa DC
membekalkan arus terus dan binaannya sama seperti motor elektrik.
•Ia mempunyai arus keluaran terhad
terutamanya pada kelajuan rendah.Oleh itu, janakuasa tidak dapat memenuhi
keperluan automobil moden dan kini diganti dengan pengulang-alik.
•Tidak seperti janakuasa, pengulang-alik (juga
dikenali sebagai alternator) boleh menyediakan keluaran arus tinggi pada
kelajuan enjin rendah
•Alternator menggunakan prinsip balikan
janakuasa atau dinamo. Dalam sebuah Alternator (rajah disebelah ), medan magnet
yang berputar dipanggil pemutar dan ia berputar dalam pasangan pengalir pegun
yang dipanggil pemegun.
•Apabila kutub utara dan selatan berpusing,
medan magnet akan melepasi pengalir, lalu mengaruh voltan yang mula mengalir
dalam satu arahdan kemudian dalam arah yang bertentangan (voltan AC).
•Oleh sebab kereta menggunakan voltan DC, AC
mestu ditukar kepada DC. Tugas ini dilakukan oleh titian diod yang diletakkan
antara belitan keluaran dan keluaran Alternator
Rajah 2 Pengulang-alik
BINAAN ALTERNATOR
PEMUTAR
•Pasangan pemutar terdiri daripada aci pacu,
gegelung, dan dua keping kutub. Takal dicagak di satu hujung aci membolehkan
pemutar dipusingkan oleh tali sawat pemacu dan oleh aci engkol.
•Pemutar ialah medan magnet berputar dalam
pengulang-alik. Gegelung pula ialah dawai panjang berpenebat yang dililit di
sekeliling teras besi. Teras ditempatkan diantara dua set kepingan kutub.
•Medan magnet dibentuk oleh sejumlah arus (4.0
hingga 6.5) yang lolos melalui belitan gegelung. Apabila arus mengalir melalui
gegelung, teras akan bermagnet dan kepingan kutub mempunyai kutub magnet. Satu
hujung menjadi kutub utara dan satu lagi kutub selatan.
•Pemutar lazimnya mempunya 14 kutub – tujuh
kutub utara dan 7
Kutub – selatan dengan
medan magnet di antara kepingan kutub bergerak daripada kutub utara ke kutub
selatan.
GELANG
GELINCIR DAN BERUS
• Pemutar memerlukan arus elektrik mengalir
dalam gegelung untuk mewujudkan
medan magnet. Arus
tersebut berpunca dari bateri melalui gelang gelincir dan berus.
• Kebanyakan pengulang-alik mempunyai dua gelang
gelincir yang dicagak terus di atas aci pemutar. Ia berpenebatdengan aci dan
bahagian-bahagian lain.
• Satu berus karbon ditempatkan di atas setiap
gelang gelincir untuk membawa arus ke gegelung medan dan daripada gegelung
medan.
• Arus dipindahkan daripada tamatan medan
pengatur voltan melalui berus
pertama dan gelang
gelincir ke medan magnet. Arus lolos melalui gegelung medan dan gelang gelincir kedua dan berus sebelum kembali ke bumi.
PEMEGUN
•Pemegun ialah ahli pegun pengulang-alik.
Pemegun diperbuat daripada
sejumlah pengalir,
atau dawai dimana voltan diaruh oleh putaran medan
magnet.
•Kebanyakan pengulang-alik menggunakan 3
belitan untuk menjana ampere
keluaran yang
diperlukan. Ia disusun dalam tatacara delta (rajah dibawah)
atau Y (rajah
dibawah).
•pengulang-alik akan menggunakan salah satu
belitan tersebut. Kebanyakan pengulang-alik menggunakan belitan Y kerana ia
boleh membekalkan cas tinggi pada kelajuan enjin rendah. Belitan
delta pula mengeluarkan ampere
tinggi pada pada
kelajuan enjin tinggi tapi keluaran rendah pada kelajuan rendah.
•pemutar berputar dalam pemegun. Terdapat sela
udara kecil diantara pemutar
dan pemegun bagi
membenarkan pemutar berputar tanpa membuat sentuhan
dengan pemegun.
PASANGAN
KERANGKA HUJUNG
•Pasangan kerangka hujung, atau perumah dibuat
daripada dua kepingan aluminium tuangan. Komponen ini mengandungi
galas untuk menyangga hujung aci pemutar di mana takal pacu dicagak.
Setiap hujung kerangka juga
dibina dengan kelubung
udara daripada kipas aci pemutar yang boleh lolos melalui
pengulang-alik.
•Biasanya mengandungi tiga diod penerus positif
yang dikepil ke hujung kerangka belakang. Tiga diod penerus negatif
diboltkan bersama dan kemudian
diboltkan terus ke
enjin. Pasangan kerangka hujung merupakan lorong bumi elektrik. Hal ini bermakna sebarang sambungan ke perumah yang
tidak berpenebat merupakan sambungan bumi.
PASANGAN
KERANGKA HUJUNG
(
PAIR TAIL FRAME )
KIPAS
PENDINGINAN
•Di belakang takal pacu pengulang-alik ialah
kipas pendinginan yang berputar dengan pemutar. Kipas menarik udara keluar di dalam perumah melalui bukaan di belakang kipas pendinginan (rajah dibawah). Udara bergerak menarik keluar haba daripada diod dan
haba akan berkurangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan